Sebak bila mendengar pengumuman puasa, kerana sekali lagi berpuasa tanpa keluarga untuk ramadhan kali ini. Pejam celik tak sampai sebulan disemester 5 sudah hadirnya bulan puasa yang penuh berkat. Alhamdulillah. Hari kedua puasa dah merasa suasana meriahnya berbuka bersama keluarga kawan baik aku dikampung halamannya dibutterworth. Tapi terkenang keluarga kat selangor jadi sebak hati ini sekali ini.
puasa kali ini dirumah sewa yang baharu. #colorful
Housemate pun baru cuma kembar siam aku je yang masih melekat bersama tidak terpisah kerana kami buddyz. Yeah ! Masih rajin memasak, dapur sentiasa bersepah dan berasap, masak sambil gaduh, ia itu kami. Hahaha. Semester ni paling malas nak turun bazaar untuk mencari makanan walaupun bazaar tu tersangat dekat bawah rumah je.
Survey makanan kami memang suka. Sebut je pizza hut, secret recipe, kenny roasters, hah tudiaaa demands memasing. Eh sekali sekala je. Kihkihkih. Then last-last buka kat bangkok station je dekat dengan rumah sewa. Hehe~
tomyam ini yg terbaik. siam mari~
lauk pauk terhidang, ada lagi yg tak sampai lg masa ni
zara, nina, una
farah, kira, aku
memasing balik ceria dan penat, perut dah full dengan makanan yang banyak. Haha. Semua perkara diatas adalah permulaan bagi kami serumah untuk mengeratkan silaturahim.
Bagi cerita lain adalah dibawah :
w/ kembar siam . zara
Kami buddyz , classmate. Kami senior.
-Bulan ramadhan sahaja yang ada tawaran mega berbanding bulan lain. Kau bagi makanan untuk orang yang ingin berbuka puasa dah dapat pahala. ” Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan.”
-Solat sunat terawih hanya pada bulan penuh berkat ini. Ramadhan.
-Malam Lailatul Qadar hanya ada pada bulan puasa iaitu satu malam yang lebih baik daripada seribu malam. Hanya insan yang terpilih akan merasainya tetapi dia seakan lupa apa yang terjadi padanya dimalam hari tersebut.
-Apabila masuk bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu rahmat dan tertutuplah pintu-pintu neraka serta terbelenggulah syaitan-syaitan (daripada merasuk mangsanya).
niat puasa
p/s :: Daripada Anas r.a, Baginda saw bersabda: "Bersahurlah kamu. Sesungguhnya dalam sahur itu ada berkat". ( H.R Bukhari dan Muslim )









