Petua untuk hati yang resah dan gelisah :
1. Amalkan tasbih, tahmid dan takbir
- Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah.
2. Berdoa
- Mohonlah kepadaNya. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin.
3. Sibukan diri dengan sesuatu
- Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran & pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya.
4. Luahkan perasaan anda
- Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama), menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya.
5. Senyum
- Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah di hadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati.
6. Baca ayat kursi
Malam itu Ibu dalam ingatan, terus call Ibu. Biarkan dia bercakap bersendirian aku hanya ingin mendengar suaranya sahaja. Aku diam seribu bahasa, ketawa paksa mendengar lawaknya. Menahan sebak dan sedih yang sudah membelenggu diri yang kerdil ini.
Lepas tu aku call kawan baikku, iliya. Menangis tanpa berkata. Nasihatnya padaku ambil wudhuk istighfar bebanyak. Terus aku ambil wudhuk masuk bilik.
Aku dah tak kuat terus sahut teman baikku, zara. Aku menangis teresak depannya. Dia beri aku tasbih serta usap belakang aku sampai aku tertido.
Berikan aku perlindungan Ya Rabbi. :'(
p/s :: Terima kasih sahabat mendengar dan menjagaku. Berikan perlindungan kepada mereka jua Ya Allah.
